Bangkit dengan Islam sepanjang masa

2 02 2011

Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan untuk kita meneruskan sisa sisa hidup masih berbaki ini. Solat Subuh sudah dapat ditunaikan dan disambut dengan Al-makthurat .

“Kami hayati pagi ini Ya Allah , di mana pada pagi ini Kerajaan ditangan Mu .Puji (tahmid) untuk Allah. tidak ada sekutu bagiNya .Tidak ada Tuhan sebenarnya melainkan Dia. KepadaNya kami bakal dihimpunkan.  “

Tidak seperti hari di hari bekerja , hari ini saya tertarik selepas menonton se satu program di televisyen berkisar tajuk “ambil tahu “Intipati dari pengisian tersebut:-

i- Kita hendaklah sentiasa sensitif dengan keadaan disekeliling kita , mengenai perkembangan masyarakat sebagai contoh……diceritakan bagaimana seorang ulamak saufi Ibrahim Adham boleh turun dan mengembara dan bercampur dengan masyrakat dan ingin mengetahui masalah yang dihadapi rakyat.

ii- Begitu juga macamana Rasulullah yang setiap hari diludah oleh seorang perempuan tua yahudi. Apabila pada suatu hari perempuan itu jatuh sakit dan tidak melakukan perbuatan terkutuk ( meludah Nabi ) , lantas nabi pun bertanya orang-orang disekeliling. Dikhabarkan perempuan tua itu jatuh sakit lantas Nabipun pulang ke rumah dan menyuruh Aisyah menyediakan makanan dan menziarahi perempempuan tua itu. Akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah ini telah menawan perempuan tua itu dan lantas bersyahadah dan memeluk Islam.

Advertisements




JIHAD MENENTANG HAWA NAFSU

1 02 2011

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Puji-pujian itu adalah semata-mata bagi Allah yang telah memberi kita hidayah dan iman . Tuhan yang menurunkan kitab suci Al Quran , di dalamnya dibentangkan tanda-tanda jalan menuju kemuliaan hidup di  dunia dan kesejahteraan hidup di akhirat di  mana akan dinikmati  segala kesenangan syurga yang kekal abadi . Kitab Al Quran telah membuka pandangan mata kita terhadap ayat-ayatnya yang terang dan jekas dan telah mencerahkan matahati kita untuk mencapai tanggapan yang tinggi .Kita telah ditunjukkan mana arah matlamat akhir kita , segala pengorbanan kita curahkan menggembelingkan segala tenaga dan daya upaya untuknya .

Allah mencipta manusia dengan meletakkan di dalam dirinya beberapa jenis tenaga atau kekuatan di samping beberapa kecenderungn , persediaan dan bakat

Dijadikan padanya suatu tenaga yang boleh memahami dan mengingat iaitu hati nurani , dan suatu tenaga yang berkuasa melakukan gerakan iaitu anggota-anggota yang lahir dan satu tenaga yang mendorongnya bergerak iaitu apa yang di namakan naluri keinginan .

Selepas itu Allah anugerahkan kita manhaj yang lengkap dan kebijaksanaan agar bertindak menerusinya .Jihad seseorang untuk menentang hawa nafsu ialah dengan menyalurkan tenaganya supaya menuruti manhaj yang telah digariskan oleh Allah.

-alghifarialamal-





Hello world!

1 02 2011

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!